JULAI 2024

Abang Johari Terima Anugerah Kepimpinan Teknologi


PUTRAJAYA, 30 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (MBOT ENTICE 2024) bertempat di sebuah hotel ternama di Putrajaya hari ini. 

Terdahulu, Premier menyampaikan ucapan di Majlis Anugerah Kepimpinan Teknologi tersebut. 

Majlis penganugerahan tersebut diberikan kepada beliau oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). 

Ketika ditemui pemberita sejurus selesai majlis berkenaan, Premier berkata anugerah berkenaan yang mengiktiraf sumbangan dalam bidang teknologi adalah untuk rakyat Sarawak.

“Terima kasih kepada MBOT kerana memberikan anugerah ini kepada saya.

“Ini anugerah untuk orang Sarawak, bukan anugerah individu,” katanya.

Turut mengiringi Abang Johari pada majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.